VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Ziana Zain tampil menegur netizen “kaki kecam”

Written by on 09/03/2018

Foto Ehsan Instagram Ziana Zain

Ziana Zain tampil ‘menegur’ netizen yang mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suami. Kata-kata itu sekaligus memberi bayangan ada sebab beliau bertindak demikian.

Menerusi Instagram, Ziana membuat naik kenyataan yang ditujukan kepada netizen, bahawa jangan menilai jalan beliau jika mereka tidak pernah melaluinya. Sekaligus menempelak kaki kecam yang ‘acah-acah’ tahu segalanya.

Perkongsian yang menerima lebih daripada 800 komen itu rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Ziana supaya mengabaikan sahaja cakap-cakap orang. Ada juga yang mendoakan rumah tangga pasangan itu pulih seperti biasa.

Kadang kala netizen suka bercakap seolah mereka tahu segalanya, termasuk hal peribadi, rumah tangga selebriti tanpa memikirkan perasaan orang. Berilah ruang untuk Ziana menyelesaikan masalah mereka.

Terdahulu, suami Ziana, Armin Zaharin ditahan atas tuduhan mencederakan anak lelakinya kira-kira jam 4 pagi. Bagaimana Armin mengaku tidak bersalah, dan mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

 

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *