Ziana Zain bertemu titik nokhtah kemelut rumah tangga

Written by on 12/07/2018

Akhirnya penyanyi, Ziana Zain bertemu titik nokhtah kemelut rumah tangga apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada petang Khamis dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Peguam yang mewakili Ziana, Yusfa Hanis Yussoff ketika ditemui berkata, mereka sepatutnya hadir ke mahkamah bagi proses pelantikan hakam keluarga bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.

Bagaimanapun katanya, Armin selaku defendan kes itu memaklumkan bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana sebelum prosiding bermula.

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain.

“Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat
Kita disatukan” – Kepsyen instagram iamzianazain

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background