Yazer Yusof Nafi Gosip Rumah Tangga Bergolak

Written by on 29/11/2017

Yazer Yusof, 35, menafikan rumah tangganya dengan Ekin Rahman sedang bergolak.

Katanya, mereka bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu dari mana gosip ini boleh timbul sampaikan ada kawan datang bertanya sama ada saya dan Ekin sudah berpisah. Hakikatnya, hubungan kami baik dan tidak ada masalah. Cerita ini sangat tidak berasas dan memalukan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang bertajuk Teruja.

Pasangan kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) itu disatukan pada 26 Disember 2014 di Labuan, Sabah, selepas 9 tahun bercinta. Rumahtangga mereka tambah bahagia dengan kehadiran anak lelaki, Muhammad Noah, 2.

Yazer dan Ekin kini membesarkan anak mereka di Kota Kinabalu, Sabah. “Kami memilih untuk tinggal di Sabah kerana banyak mendapat undangan di sini.

“Kehidupan kami cukup bahagia. Kalau lihat di laman Instagram, kami banyak berkongsi gambar bersama dan tiada istilah rumahtangga dilanda masalah atau tidak tinggal sebumbung,” katanya.

 

Sumber : Hmetro.com.my & Instagram @yazerocksteady

 

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background