Yazer muncul semula dengan lagu baru “Teruja”

Written by on 01/12/2017

Single terbaru Yazer Yusof

 

Selepas sekian lama menyepi, bintang program realiti tv Akademi Fantasia 3 (AF3), Yazer Yusof kembali dengan lagu terbaru berjudul Teruja hasil sentuhan komposer baharu berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan, Jonathan Tse.

Berada di bawah pengurusan Macam Macam Music yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, pemilik nama sebenar Mohd Yazer Yusof yakin namanya mampu menjadi sebutan dan dikenali peminat industri seni tempatan.

Biarpun Jonathan adalah seorang komposer yang baru, saya mahu kami sama-sama mendaki puncak dalam industri seni tempatan dan memperkenalkannya dalam industri seni tanah air.

Pasti ramai mempertikaikan mengapa saya tidak menggunakan komposer yang sudah mempunyai nama sebagai cara terbaik untuk memasarkan diri, tapi saya memilih tidak mengambil jalan mudah atau menumpang populariti sesiapa.

Menurut Yazer, sebagai penyanyi dia sedar langit industri muzik sudah berubah dan dia perlu mengikuti trend yang diminta pendengar. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Hmetro.com.my

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background