Wawa Zainal terima hadiah Kereta Mewah dari suami

Written by on 04/06/2018

Isteri mana tidak gembira kalau si Suami bagi hadiah surprise dan lebih-lebih lagi barang mewah. Bertuah! Itulah ungkapan yang dikatakan orang ramai apabila melihat Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal sebuah kereta mewah, Mercedes C200 yang bernilai sekitar RM250,000 bersempena hari jadi yang ke 27.

Menurut perkongsian di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan oleh Aeril bagi menghargai pengorbanan dan peranan Wawa sebagai isteri selama mereka berkahwin sejak 2012. Selain memuat naik gambar, Aeril turut memberikan ucapan yang sangat romantis buat isterinya.

Menurut Aeril, isterinya seakan tidak percaya kerana beberapa kali bertanya kepadanya tentang hadiah yang ingin diberikan. Memang terkejut Wawa apabila suaminya itu benar-benar menghadiahkan kereta Mercedes edisi terbaru 2018.

Pengorbanan isteri memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi tidak salah rasanya bagi seorang suami yang mampu menghadiahkan sesuatu yang mahal. Semoga rumah tangga Aeril dan Wawa terus berbahagia.

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background