Wany Hasrita masih single

Written by on 27/02/2018

Foto Ehsan Instagram Wany Hasrita

Wany Hasrita menegaskan dia masih solo dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki seperti yang hangat diperkatakan sekarang.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia enggan masyarakat beranggapan serong terhadapnya apabila sering keluar cerita membabitkan kisah peribadi dengan lelaki.

“Sebelum ini, orang kaitkan saya dengan Tajul dan Khai. Sekarang timbul pula dengan Fairuz Selamat. Ingin dijelaskan, saya hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu.

“Macam cerita dengan Fairuz ini, penggunaan istilah fasa berkawan itu kurang sesuai kerana ramai beranggapan wujud hubungan antara kami.

“Saya tidak mahu orang salah anggap dengan kenyataan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu berkata, dia tidak mahu dilabel bukan-bukan hanya kerana cerita sebegitu.

“Saya kasihkan ibu jika cerita sebegini selalu keluar. Dia tahu saya macam mana. Dalam masa sama, saya tidak mahu timbul persepsi negatif terhadap saya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background