VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

VOKfm dan Dreamtel Hotel Kota Kinabalu anjur Majlis Riang Bila bersama Dream VOK Raya

Written by on 09/07/2018

SIOKNYA Penyampai #AllStarsVOK ada menu masakan atas nama diorang sendiri di Dreamtel Cafe! Ini lagi VOK! Rugi siapa yang tidak hadir #DreamRayaVOK tempoh hari.

Kehadiran penyokong dan peminat radio baharu tempatan VOKfm sudah pasti memeriahkan lagi majlis sambutan Dream VOK Raya disamping dihiburkan oleh para artis jemputan diantaranya, Nick Ardley, Rhowell Rolland, Santiana Ramli, Roy Rafiq, Apizs Paschya dan ramai lagi. Turut hadir pada majlis tersebut, YBhg Datuk Asnimar Haji Sukardi, Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. (Berkhidmat bermula Mac 1981 hingga Jun 2018, iaitu selama 37 tahun.) dan juga ulang tahun perkahwinan 7.7.1977 beliau bersama suami tercinta.

Kerjasama kali ini bersama Dreamtel Hotel Kota Kinabalu untuk kali kedua selepas acara Majlis Berbuka Puasa bersama Penyampai #AllStarsVOK semasa bulan ramadhan tempoh hari. Dan kali ini lagi memeriahkan majlis dimana ada kerjasama diantara penaja-penaja seperti Nestle Proffesional, Sunny Automobile, V-Mis Music Store, Borneo Sound System dan Sam’s Sound And Light sebagai penaja rasmi sound system malam itu. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat semua penaja-penaja, kepada pengunjung, penyokong dan semestinya para artis undangan serta tidak lupa penganjur bersama iaitu Dreamtel Hotel sendiri.

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *