VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

VOKfm bersama Penduduk Kg Bongol Tamparuli

Written by on 19/12/2017

 

Projek komuniti Kg. Bongol, Tamparuli. Penduduk Kampung Bongol, Belia serta Penyampai VOKfmSabah bersama YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah merangkap ADUN N11 Kiulu.

Barisan penyampai vokfmsabah bersama kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung serta sukarelawan telah berjaya merealisasikan satu Projek Komuniti berupa aktiviti gotong-royong mengutip sampah dan membersih laluan serta parit sepanjang jalan raya besar Kg. Bongol Tamparuli yang berkepanjangan kira-kira 5 km .

Selain kehadiran para penyampai seperti Kapten Faqrul, Reynaldo Raymond Paggie, Beebey, Felix Agus, Maldini Sidney serta Ag Sri Iskandar Bahrin (Aegy), majlis itu juga diserikan dengan kehadiran YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah merangkap ADUN N11 Kiulu. turut bersama di program tersebut juga ialah para Finalis Pencarian (penyampai) Teman Semangat Pagi Vok Vokfm.  Menurut Kapten Faqrul selaku Pengurus Stesen Vokfmsabah yang mengetuai barisan penyampai VokfmSabah, Projek komuniti tersebut merupakan kerjasama antara Komuniti Kg Bongol, VokfmSabah dan beberapa NGO serta agensi kerajaan.

Antara PAPAN TANDA yang dipasang di beberapa kawasan strategik di sekitar Kg Bongol sempena Projek Komuniti Tersebut

Pada sebelah petang program tersebut, acara ditambah-meriah dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah kesedaran Kanser Payudara oleh Kinabalu Pink Ribbon, Derma Darah oleh Unit Tabung Darah Bergerak HQE2, pameran oleh Agensi Kerajaan & NGO seperti Persatuan Lada Hitam Tuaran, Jabatan Kebajikan Tamparuli, Jabatan Air Tuaran, Ecolinc Kinabalu, Taman-Taman Sabah, Sos Organic Fertilizer dan banyak lagi
” mesej program ini mudah, kita mahu menyampaikan mesej mencintai kebersihan dan menjauhi sikap suka membuang sampah sesuka hati “,
jelas Kapten Faqrul.
Dalam program tersebut juga VokfmSabah telah menaja beberapa papan tanda ‘Peringatan Mesra’ kepada orang awam agar menanam sikap cintakan kebersihan yang memaparkan wajah para penyampai VokfmSabah dari Kg. Bongol ke Simpang Kota Belud.
Berikut adalah Foto-foto sepanjang Aktiviti Projek Komuniti Kg Bongol, Tamparuli dijalankan.

 

 

Sumber : Gingkita.com & VOKfmSabah Media


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *