VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

VOKfm bersama menjayakan Program Amal Erti Hidup Pada Memberi

Written by on 30/12/2017

Syabas diucapkan kepada NuBornMusic, Khaliff Production dan VOKfm yang telah bekerjasama menjayakan Program Amal bersama Anak Yatim di Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Sakinah, Lok Kawi, Sabah. Acara amal ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan silaturahim masyarakat khususnya di kalangan artis dan rakan media bersama golongan yang memerlukan selain membawa sejuta keceriaan buat insan istimewa yang amat merindui belaian kasih sayang serta persaudaraan sesama insan.

Selain kunjungan mesra, turut disampaikan ialah sumbangan berupa alatulis bagi persediaan musim persekolahan akan datang selain wang tunai yang telah disumbangkan oleh beberapa individu yang prihatin bagi menampung perbelanjaan dan kos operasi harian/ bulanan rumah anak yatim ini. VOKfm turut membawa sejuta keceriaan buat anak-anak yatim ini dengan sumbangan makanan yang disantapi bersama. Majlis bertambah lebih mesra dengan aktiviti nyanyian santai oleh rakan-rakan artis Nu Born Music yang turut diiringi oleh muzik ‘live’ oleh Keningau Buskers.

Menurut Pengarah Urusan Nu Born Music, Ag. Sri Iskandar Bahrin berkata ini merupakan kunjungan kedua mereka ke rumah anak yatim ini dan program sebegini akan sentiasa diteruskan pada masa akan datang. Beliau melahirkan rasa terharu dan bersyukur di atas sokongan serta sumbangan yang diterima bagi menjayakan program amal ini. Tambah beliau, tema kunjungan kali ini iaitu Erti Hidup Pada Memberi cukup simbolik dan membawa makna yang mendalam bagi mereka yang telah tampil memberikan sumbangan selain menerapkan nilai kasih-sayang serta kemesraan kepada insan yang menerima sumbangan untuk meneruskan kehidupan mereka yang sentiasa memerlukan sokongan dan perhatian masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif selaku Pengurus Stesen Radio VOKfm; Mohammad Faqrullah Azim (kapten) pula, berkata program amal seumpama ini sememangnya merupakan sebahagian daripada aktiviti stesen tersebut di dalam usaha mendekatkan diri di kalangan masyarakat setempat selain membantu membawakan mesej kasih-sayang sesama insan. Tambah beliau lagi “Sumbangan yang diberikan tidak dapat dinilai dengan nilai wang ringgit tetapi ianya cukup bermakna apabila terukir senyuman manis dan gelak ketawa anak-anak yatim ini yang menerima kehadiran masyarakat untuk mendekati mereka. Beliau yakin, program ini akan diteruskan lagi di tempat-tempat lain di masa akan datang terutamanya apabila VOKfm akan meluaskan siaran ke frekuensi FM tidak lama lagi”

Semoga dengan acara amal sebegini boleh membuka mata masyarakat umum amnya untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan sama ada dari segi bantuan wang ringgit, keperluan asas atau moral untuk anak-anak yatim ini yang mana rumah anak yatim ini dijalankan di atas sumbangan prihatin masyarakat dan mereka sentiasa memerlukan bantuan umum untuk terus beroperasi dengan bantuan beberapa sukarelawan.


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *