VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

KOTA KINABALU: Sabah bakal menyaksikan satu lagi kemajuan di dalam industri penyiaran radio apabila sebuah lagi stesen radio komersil swasta tempatan bakal memulakan siaran tidak lama lagi. Bagi pendengar yang rindu untuk mendengar suara beberapa penyampai radio popular Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo bakal diceriakan kembali dengan kemunculan mereka di stesen radio terbaru – VOKfm Sabah. Lahir dengan tagline ‘Bukan Biasa-Biasa’, VOKfm turut membariskan Beebey, Aegy Pop dan Roger (popular dengan gelaran SaliparJipun) selain beberapa penyampai baharu.

V.O.K. adalah singkatan bagi Voice Of Kinabalu sekaligus mencerminkan VOKfm sebagai sebuah stesen yang akan mempromosikan Sabah amnya kepada pendengar sejagat. Stesen ini menyasarkan kepada pendengar muda dengan gabungan muzik serta elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memfokuskan citarasa dan budaya setempat.

Bercakap di sesi santai suai kenal dan pengenalan VOKfm kepada media, Mohammad Faqrullah Azim (kapten) selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Station Manager yang bakal menerajui saluran baharu ini, menyatakan bahawa kehadiran VOKfm bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio dan muzik di Sabah. Beliau yang mempunyai lebih daripada 12 tahun pengalaman bersama beberapa stesen radio negara, yakin bahawa VOKfm akan menjadi satu fenomena baharu dan akan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini. Sebagai permulaan, VOKfm akan menjalankan siaran ujian secara streaming bermula minggu ini sebelum ke udara secara LIVE pada 16 September 2017 di www.vokfmsabah.com dan secara berperingkat ke siaran FM. Pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran VOKfm melalui frekuensi FM di sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan di masa akan datang.

Mengulas sedikit mengenai perancangan dan kandungan rancangan, VOKfm telah merancang pelbagai strategi dan rangka promosi yang turut akan melibatkan penaja dan pendengar. VOKfm turut memperkenalkan Rey Kimara sebagai Pengurus Rancangan stesen radio ini. Satu majlis pra-pelancaran dan sidang media akan diadakan menjelang pertengahan September sempena siaran pelancaran online bersempena dengan Hari Malaysia di Pusat Penyiaran VOKfm Sabah.

Untuk mengikuti perkembangan terkini VOKfm Sabah, anda boleh mengikuti mereka di laman web www.vokfmsabah.com atau di Facebook, Instagram & Twitter @vokfmsabah atau emel ke info@vokfmsabah.com