VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Vokalis Buska Buskers meninggal dunia

Written by on 04/04/2018

Bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) dan Vokalis Band Buska Buskers, Emy terbunuh dalam kemalangan di kilometer 17.8 di Jalan Tamparuli-Ranau di sini.

Emy atau Zahrul Hilmi Badrul Hisham, 25, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori kira-kira pukul 1 tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Dzulbaharin Ismail memberitahu pemandu lori berusia 55 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu sebelum bertembung dengan motosikal milik Emy berdekatan Kampung Kelawat.

“Mangsa sedang menaiki bukit dari Tamparuli sebelum motosikalnya hilang kawalan.

“Motosikalnya tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai memandu secara berbahaya bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Emy adalah peserta AF musim ke-13 pada 2016.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *