Video versi Aliff-Nur ‘trending’ YouTube Malaysia

Written by on 20/12/2017

 

DATIN Seri Nur Shahida Mohd Rashid isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman,  tidak menyangka Abang Nak Tegur versi 2.0 yang menampilkan dirinya mendapat sambutan hangat apabila video lagu berkenaan mencecah 1.1 juta tontonan.

Video muzik lagu berentak rancak ciptaan Edry Abdul Halim itu baru saja dimuat naik di laman YouTube KRU Music pada 12 Disember lalu.

Sambutan hebat terhadap nyanyian bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu bersama suaminya bagai memberi isyarat, ia lebih digemari netizen dan peminat berbanding versi Aliff dengan Nur Sajat.

Selain menghuni kedudukan pertama carta ‘trending’ YouTube Malaysia, lagu versi 2.0 itu juga hanya menerima 9,000 tanda ‘dislike’ berbanding 306,000 bagi versi pertama. Dimuat naik pada 23 November lalu, video versi Aliff-Nur Sajat bagaimanapun sudah meraih 3.4 juta tontonan.

Foto ehsan Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Baca lebih lanjut klik sini…


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background