VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Video Fakrul menyanyikan lagu Hindi dengan baju Melayu tular di media sosial

Written by on 09/01/2018

FAKRUL Razi, 38, terkejut apabila video dia menyanyikan lagu Hindi dengan baju Melayu ketika menjayakan program Dil Hai Hindustani terbitan stesen TV di India, tular sejak beberapa hari lalu.

Kata Fakhrul, dia sama sekali tidak menjangka pembabitannya pada program itu menarik perhatian ramai.

“Sebenarnya program ini berlangsung tahun lalu tapi ketika itu tak ramai yang tahu. Apa saya lakukan hanya untuk kepuasan peribadi.

 “Namun saya terkejut apabila ia tular di Malaysia baru-baru ini. Saya berasakan perjuagan dihargai di kalangan orang nusantara.

“Ketika menyertai program ini, saya tidak mewakili mana-mana pihak. Walaupun saya bangsa Melayu dan berasal dari Brunei, pembabitan saya ini sekali gus mewakili nusantara dan Asean secara keseluruhannya,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi asal Brunei dan pernah menjadi Komentator program D’Academy Asia 3 itu berkata, dia memilih baju Melayu kerana bersesuaian dengan identiti dan personalitinya.

“Jika ada yang berbangga dengan saya dan berasa terinspirasi sama ada mereka orang Brunei, Malaysia, Singapura atau Indonesia, saya rasa dihargai dan dihormati.

 

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *