VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Video Andi Bernadee disiarkan di Stesyen TV Indonesia

Written by on 23/12/2017

PENYANYI  viral lagu “Tak Tun Tuang” Andi Bernadee asal dari Kota Kinabalu, yang viral selepas mendendangkan lagu nyanyian asal Upiak Isil, terkejut apabila klip videonya disiarkan di sebuah saluran televisyen (TV) di Indonesia.

Andi memberitahu, perkara itu dimaklumkan peminat yang kebetulan menonton tayangan video itu ketika sedang bercuti di Yogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.

“Peminat memaklumkan perkara itu melalui mesej langsung (DM) di Instagram.

“Saya sama sekali tidak menyangka, namun gembira dengan perkembangan ini. Mana tahu, suatu hari nanti, saya diundang ke Indonesia untuk melebarkan sayap seni,” katanya kepada BH Online.

Klip video lagu saduran itu dirakamkan di Arteffects Studio di Damansara, Petaling Jaya pada 16 November lalu.

Ketika ini, video muzik terbabit sudah mencecah lebih sejuta tontonan di YouTube.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *