VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Victoria terpaksa melupakan hobi memakai kasut bertumit tinggi

Written by on 01/02/2018

SELEBRITI terkenal, Victoria Beckham tidak dibenarkan memakai kasut tumit tinggi buat sementara waktu kerana kecederaan pada bahagian kaki.

Menerusi laman Instagram, isteri kepada David Beckham ini memuat naik foto dia menggunakan tongkat dan memberitahu mengalami kecederaan kecil.

“Terima kasih atas ucapan dan doa kalian, ia hanyalah patah tulang kecil. Saya hanya perlukan rehat,” tulisnya.

Menurut portal Dailymail, Victoria terpaksa melupakan hobi memakai kasut bertumit tinggi sehingga kecederaannya pulih.

Sebelum ini, Victoria dikenali sebagai selebriti yang sangat menggemari fesyen dan mengumpul ratusan koleksi kasut tumit tinggi.

“Saya tak boleh pakai kasut tumit tinggi lagi, lebih-lebih lagi waktu bekerja,” kata Victoria kepada The Telegraph.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *