VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Victoria Beckham bakal bercerai dengan David Beckham???

Written by on 04/07/2018

AHLI Kumpulan Spice Girl dan pereka fesyen, Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham pada Sabtu lalu sehari selepas dia menyangkal dakwaan bakal bercerai dengan David Beckham.

“Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini,” tulis Victoria di Instagram.

Victoria yang juga ibu kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.

Brooklyn Beckham menemani ibunya, Vitoria Beckham hadir ke Minggu Fesyen Paris

Sebelum ini, Victoria secara terbuka memberitahu bukan mudah untuknya membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan kariernya namun dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Ia bukan mudah untuk menjadi ibu dan isteri terbaik,” katanya.

 

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *