VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Upiak bersedia menerima lamaran jejaka Malaysia

Written by on 14/12/2017

Upiak dan Hos realitiTV di Thailand – Foto Ehsan Instagram @upiak_isil_official

UPIAK meningkat naik dengan lagu Tak Tun Tuang, penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, Upiak Isil mengaku mula menerima lamaran jejaka termasuk individu yang pernah menolak cintanya.

Bagaimanapun, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda memberitahu, sejak hidup sendirian selepas berpisah dengan bekas suami pada akhir 2015, dia hanya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu.

“Saya dan bekas suami berkahwin pada 2013. Pada penghujung 2015, kami bercerai.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah tiada lagi persefahaman antara kami. Disebabkan itu, saya dan bekas suami memutuskan untuk berpisah.

“Tiga hari saya menangis disebabkan perpisahan itu. Bekas suami saya pun sudah berkahwin lain,” katanya kepada BH Online.

“Buat masa ini, saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada karier nyanyian biarpun sudah mula dilamar jejaka.”

 

Berkongsi pengalamannya selepas Tak Tun Tuang menjadi tular dan popular, Upiak mengaku kehidupannya banyak perubahan dan tidak seperti dahulu. Baca selanjutnya klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *