Untuk dapatkan ilmu, luangkan masa sertai bengkel anjuran pihak berpengalaman.

Written by on 14/05/2018

OGY atau Fauziah Ahmad Daud bukan lagi asing dalam persada seni tanah air, malah dia digeruni kebanyakan bakat baru.

Ada yang berkata kemunculan Ogy di lokasi penggambaran drama Mr Grey arahan Riza Baharudin membuatkan tenaga kerja produksi terbabit ketar lutut. Begitulah hebatnya aura pelakon berpengalaman ini.

Mewarisi darah seni allahyarham ibu bapanya iaitu Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah, Ogy berkata, bakat adalah anugerah daripada Allah SWT.

“Ramai anak muda berminat membina nama sebagai anak seni. Namun, tidak semua ada bakat semula jadi dan mereka perlu digilap. Sama ada pelakon, penyanyi mahu pun pengacara, harus rajin menimba ilmu. Untuk dapatkan ilmu, luangkan masa sertai bengkel anjuran pihak berpengalaman.

“Bagi pelakon, penting menyertai bengkel lakonan untuk belajar bagaimana menzahirkan emosi watak.

“Jika mahu apa yang dipersembahkan dapat diterima baik penonton, kita kena ikhlas dan kreatif.

“Penghayatan watak yang dilakonkan perlu dilihat secara serius. Sebagai pelakon kena faham jalan cerita dan kisah karya yang dipersembahkan itu,” katanya.

Ogy juga menyarankan pelakon baru dan senior perlu meluangkan masa menyertai bengkel lakonan. Ini kerana bakat perlu sentiasa digilap meskipun banyak pengalaman sudah ditimba. Apatah lagi, mendalami ilmu banyak manfaatnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background