Tun Juhar “jamming” dengan kugiran DBKK

Written by on 07/10/2018

Tun Juhar “jamming” dengan kugiran DBKK di acara Berbasikal Bersama TYT di Teluk Likas hari ini. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan Sabah

Bertuah peserta acara Berbasikal Bersama TYT kelmarin kerana berpeluang menyaksikan persembahan tetamu kehormat, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bermain gitar sambil mendendangkan beberapa lagu.

Selain mendendangkan lagu, One Night With Younyanyian Elvis Presley, Tun Juhar turut memetik gitar dan “jamming” dengan Kugiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dipimpin Hezron Gulan, sambil menyanyikan medley Senandung Malam dan Cha Cha Cha.

Tun Juhar yang sememangnya dikenali sebagai peminat muzik dan juga pemain gitar utama kepada kumpulannya sendiri suatu ketika dahulu membuat kejutan apabila naik ke pentas untuk membuat persembahan tanpa dirancang tersebut.

Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berada di lokasi berkenaan seawal jam 7.30 pagi untuk program Berbasikal Bersama TYT sempena Sambutan Haji Jadi Rasminya ke-65.

Hadir mengiringi Tun Juhar adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib, Mayor Bandar raya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan isteri, Datin Rohayah Pawzy.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : SabahNewsToday


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background