Tiket konsert Dayang di Singapura habis dijual

Written by on 02/01/2018

Tiket konsert Dayang di Singapura habis dijual – Foto ehsan instagram @dayangsayangkamu

PENYANYI kelahiran negeri Sarawak, Dayang Nurfaizah memberitahu pemilihan lagu pada konsert sulungnya di Esplanade Theatre di sini kebanyakannya daripada permintaan peminatnya di negara ini.

Dayang, 36, berkata, dia gembira dapat merialisasikan impian dan permintaan peminat menerusi konsert yang berlangsung pada malam Isnin itu.

“Boleh dikatakan 90 peratus lagu dalam konsert ini adalah permintaan peminat yang dibuat di laman sosial.

“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persembahan ini selain berasa teruja dapat menghiburkan selain merealisasikan permintaan peminat dan penyokong di Singapura,” katanya kepada mStar Online.

Foto Ehsan instagram @dayangsayangkamu

Konsert tersebut dihadiri kira-kira 1,600 penonton dan tiket menyaksikannya habis dijual sejak sebulan lalu.

Persembahan yang bermula pada pukul 8 malam memperlihatkan Dayang menyanyikan 25 buah lagu.

Selain lagu popular, Dayang turut mendendangkan lagu hit terdahulunya seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, Coretan Cinta, Pintaku Terakhir dan Layarlah Kembali.

Dayang turut mendendangkan rangkaian lagu tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan sebagai memperingati komposer terkenal itu menerusi lagu Hembusan Asmara, Hakikat Cinta dan Hujan Lagi Hati Ini.

 

View this post on Instagram

#dayangatesplanadesingapore

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online & Instagram @dayangsayangkamu


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background