Tiga beradik sepakat bubarkan KRU

Written by on 19/04/2018

Kumpulan popular yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry KRU mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Ketua kumpulan itu yang juga abang sulung tiga beradik, Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

“Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

“Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami,” ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Norman yang menitiskan air mata pada pengumuman itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

 

Sumber : MStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background