VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Tiada minuman alkohol disajikan kepada tetamu

Written by on 01/02/2018

Foto Ehsan Instagram Daphne Iking

DAPHNE Iking, pengacara terkenal yang bertindak sebagai pengacara majlis mengatakan Neelofa ada alasan tersendiri untuk mengadakan majlis berkenaan di pusat hiburan itu.

Daphne berkata, selaku pengacara pada majlis itu, dia berasa terpanggil untuk memberi komen.

“Apa yang saya perhatikan, Neelofa juga memberitahu semua tetamu yang hadir mengenai pemilihan lokasi kelab terbabit.

“Saya difahamkan, pihak Neelofa sudah berusaha mencari lokasi lain tetapi akhirnya memilih pusat hiburan itu berdasarkan bajet, logistik dan ia lebih praktikal,” katanya.

Menurut Daphne, tiada minuman alkohol disajikan kepada tetamu sepanjang acara berlangsung.

“Tiada poster berkaitan alkohol, rokok dan tiada tetamu yang merokok pun di majlis itu. Hanya poster pelancaran koleksi tudungnya yang digantung dalam pusat hiburan itu.

“Selain itu, Neelofa juga berkongsi mengenai video yang memaparkan lapan ikon mentor yang menjadi inspirasinya hingga menjadi usahawan yang berjaya hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai tarian dalam majlis itu pula, Daphne berkata, ia adalah permainan Lip Sync Battle dan Heads Up untuk memeriahkan lagi majlis.

“Saya yang mengendalikan permainan itu dan ia sangat menghiburkan,” katanya.

 

Sumber : HMetro Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *