“The Flash” datang Sabah mencari jodoh

Written by on 07/01/2018

Foto ehsan instagram @grantgustin

BINTANG siri The Flash iaitu Grant Gustin, 27, terus menjadi tumpuan sejak berita pertunangannya dengan gadis Sabah menjadi bualan.

Rakyat Malaysia begitu teruja sebaik dia mengumumkan sudah bertunang dengan Andrea Thoma, 29, gadis kacukan Amerika Syarikat -Kadazan pada April tahun lalu.

Terbaru, Grant meluang­kan masa untuk melawat kampung halaman ibu Andrea di Kolopis, Penampang, Sabah bagi meraikan Krismas dan tahun baru.

Ternyata, sekali lagi Internet dibanjiri cerita pasangan itu.

Bahkan, ada yang membuat andaian pasa­ngan itu pulang ke sini bagi melangsungkan upacara perkahwinan secara tertutup.

Ia turut mendapat perhatian beberapa media yang melaporkan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Grant menafikan dakwaan itu menerusi kenyataan di Instagram.

Menurutnya, kunju­ngan ke kampung Andrea atau manja dipanggil LA itu adalah bagi mengenali secara dekat ahli keluarga serta budaya di sana.

“Saya mahu beri pencerahan terhadap sesuatu sebelum ia menjadi tular di Internet. Ada satu laporan mengatakan saya dan LA melangsungkan perkahwinan tertutup di sini tapi sebenarnya ia tidak benar.

“Kami cuma mengadakan upacara simbolik mengikut tradisi Kadazan bagi menghormati nenek moyang LA dan kami belum berkahwin. Kami sa­ngat gembira di Sabah,” katanya.

Grant dan tunangnya menjadi perbualan hangat pada 18 Disember lalu sebaik pelakon terbabit memuat naik foto pertamanya berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Berikut adalah beberapa gambar kenangan Grant berada di Sabah

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Hmetro Online

 

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background