Tasha dikecam netizen, Foto Seksi di Instagram

Written by on 14/12/2017

Beberapa Netizen di laman instagram @tashashilla kecam cara pemakaian Tasha – Foto Ehsan Instagram @tashashilla

 

MODEL DAN PELAKON Tasha Shilla sekali lagi mendapat perhatian gara-gara memuat naik foto memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu di laman Instagramnya yang berkongsi foto tersebut dengan kapsyen memaklumkan dia ingin bercuti di pantai menerima kecaman daripada netizen.

“Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari,” kata Tasha.

Natasha Sheila binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011. Dan drama lakonan Tasha yang terbaru Sedingin Cinta Antasya yang ditayangkan di HypppTV

Rata-rata netizen menganggap pelakon wanita tersebut sengaja menimbulkan kontrolversi yang sama untuk menaikkan semula popularitinya

“Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi.

“Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik,” tulis netizen di Instagramnya

Baca lebih lanjut KLIK SINI…

 

Sumber : mStar.com.my & Instagram @tashashilla

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background