VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Tajul tampil mempertahankan As’ad Motawh

Written by on 29/12/2017

TAJUL Ariff tampil mempertahankan kecaman hebat daripada netizen berhubung kegagalan bakat baharu iaitu As’ad Motawh menyanyi dengan baik menerusi sebuah program di Indonesia baru-baru.

Tajul memberitahu menerusi Insta Story miliknya dia boleh memahami keadaan As’ad kerana bukan mudah untuk menyanyi lagu bernada tinggi terutamanya pada waktu pagi.

“Saya bukan nak ‘back-up’ kawan tapi waktu pagi memang susah nak menyanyi dan itu memang kenyataan.

“Malah saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pada waktu pagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tajul meminta agar netizen tidak terus mengecam As’ad dan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap situasi dihadapi oleh remaja berusia 16 tahun itu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *