Tajul akhirnya bersuara kepada ‘Haters’ yang tidak henti kecam beliau

Written by on 01/02/2018

TAJUL Arif akhirnya bersuara dan memberi kata dua kepada golongan ‘haters’ atau yang tidak menyukai dirinya setelah tidak henti dikecam dan dilempar tuduhan tidak masuk akal di laman sosial.

Tajul, 20, mendakwa, ada beberapa individu yang dilihatnya suka melemparkan pelbagai tuduhan tetapi menggunakan akaun palsu tanpa foto sebenar.

“Saya bukanlah jenis orang yang cepat melenting biarpun menerima bermacam-macam kritikan. Biasalah, sebagai artis baharu, saya anggap setiap komen itu sebagai cara membaiki diri.

“Tetapi pemilik akuan yang saya ‘bahasakan’ pada laman sosial adalah individu sama yang suka melemparkan pelbagai tuduhan. Terbaharu, dia mendakwa saya playboy, suka berganti pasangan dan bermacam-macam lagi.

“Kalau sudah fitnah seperti itu, takkan saya boleh berdiam lagi. Ini kerana lama-kelamaan, orang akan percaya apabila melihat saya tidak mempertahankan diri,” katanya kepada BH Online.

Tajul yang popular dengan lagu duet bersama Wany Hasrita berjudul ‘Di Sana Cinta Di Sini Rindu’ memberitahu, selalunya dia memadam komen keterlaluan yang dihantar netizen.

“Tetapi golongan haters yang saya gelarkan #cerdikkidsgeli, saya ‘sekat’ saja. Mujur ada dua hingga tiga orang saja dalam kalangan ini,” katanya.

Buktinya, baru-baru ini, Tajul membalas komen negatif yang ditinggalkan di laman sosial melalui kata-kata pedas melalui aplikasi Insta Stories.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : BHarian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background