VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Tahniah Datuk Siti dan Datuk K

Written by on 15/10/2017

VOKfm ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana telah berbadan dua. Menurut sumber mStar Online, dalam masa 11 tahun berkahwin, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza hamil selepas beberapa kali menjalani rawatan kesuburan.

“SEPANJANG 11 tahun… kami bukannya tak berusaha!” Demikian luahan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi gembira anugerah bermakna apabila isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil empat bulan.

Khalid berkata, bukan mudah untuk isterinya itu hamil kerana pelbagai usaha dilakukan mereka selama ini sejak disatukan sebagai suami-isteri 11 tahun lalu iaitu pada 21 Ogos 2006.

“Orang kata, kami ni banyak duit, kenapa tak usaha… kenapa tak buat sesuatu tapi orang tak tahu.

“Selepas dua tahun perkahwinan lagi kami dah usaha macam-macam dah. Tak kan itu semua kita nak beritahu,” ujar Khalid ketika ditemui pada sidang media di rumahnya, di Bukit Antarabangsa, Ampang malam Jumaat.

Info lanjut, layari mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *