VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ed Sheeran

Written by on 08/12/2017

Foto Ehsan Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Foto Ehsan Instagram Ed Sheeran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza dinamakan sebagai Artis Tempatan Paling Dilayari di Spotify di Malaysia pada tahun 2017.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menduduki tangga pertama dalam kategori Artis Tempatan Paling Dilayari di Spotify menerusi carian lagu pilihan pendengar di aplikasi muzik tersebut, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Segala Perasaan itu yang kini sedang hamil lima bulan telah mengeluarkan album ke-17 berjudul SimetriSiti pada Mei lalu.

Selain DS Siti, penyanyi lain yang turut mengungguli 10 tangga teratas dalam carta tersebut ialah Faizal Tahir, Malique, Yuna, Unic, Tajul, Aiman Tino, Hyper Act, Sufian Suhaimi dan Projector Band.

Sementara itu, bintang antarabangsa Ed Sheeran, menguasai Spotify tahun ini apabila album terbarunya, Divide, dimainkan 3.1 bilion kali di seluruh dunia, lapor Spotify.

Penyanyi pop itu mengatasi nama-nama besar penyanyi antarabangsa yang lain dan lagunya, Shape of You dijulang sebagai lagu paling kerap disiarkan di aplikasi muzik tersebut.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mstar.com.my


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *