VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Supermodel Australia, Miranda Kerr selamat melahirkan anak lelaki

Written by on 16/05/2018

Supermodel Miranda Kerr dan Evan Spiegel , pemilik dan pencipta applikasi media sosial ‘Snapchat’ selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada Isnin lalu.

Bayi lelaki itu dilahirkan pada pukul 11.53 malam di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa bahagianya kami menyambut kelahiran putera kecil dalam keluarga kami. Miranda baik-baik saja, dan Flynn sudah menjadi seorang kakak. Terima kasih atas doa dan harapan pada saat yang sangat indah ini,” ujarnya seperti dipetik majalah People.

Pasangan turut mendedahkan nama bayi tersebut iaitu Hart Kerr Spiegel.

Pasangan ini berkahwin pada 27 Mei 2017.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *