Super Junior bakal membuat persembahan di acara penutupan Sukan Asia 2018

Written by on 31/08/2018

 

PEMINAT muzik Kpop Indonesia meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Super Junior di acara penutup Sukan Asia 2018 yang bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Barat, Indonesia pada 2 September depan.

Menurut portal berita Liputan 6, Super Junior bakal berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular iaitu iKon.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Kreatif Sukan Asia 2018, Wishnutama Kusubandiro.

“Dalam acara penutup itu nanti akan ada penyanyi dari Korea Selatan iaitu Super Junior dan iKon, manakala penyanyi lain dari Indonesia ialah Isyana Sarasvati, Gigi, Denada, Siti Badriah, Bunga Citra Lestari dan lain-lain,” katanya.

Rata-rata pengguna di laman Twitter berkongsi berita gembira itu sehingga ia menjadi trending di aplikasi sosial tersebut.

“Tak sabar nak menonton acara penutup sebab nak tengok Super Junior secara langsung bukan di Youtube atau televisyen lagi.

“Yeahhh… dapat jumpa idola saya iaitu Super Junior di acara penutup Sukan Asia ini, harus dapatkan tiket segera!,” tulis peminat.

Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background