VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Sufian Suhaimi tidak menggunakan alasan putus tunang untuk melariskan lagu beliau

Written by on 14/03/2018

BAPA Elfira Loy baru-baru ini turut menyifatkan Sufian Suhaimi sengaja ‘menjaja’ kisah putus tunang sebagai satu strategi untuk melariskan lagu barunya. Bagaimanapun Sufian menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tindakannya itu bukan untuk mencari publisiti murahan. Malah menjawab kepada teguran bapa Elfira, Sufian berkata, beliau hanya menjawab pertanyaan pihak media sahaja. Tambah Sufian, beliau sendiri tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

“Saya hanya menjawab apabila ditanya mengenai kisah putus tunang. Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Single baharu ini terhasil selepas saya ambil kisah yang terjadi kepada kawan-kawan”

Redha dengan ketentuan Tuhan, Sufian percaya tali pertunangan bersama Elfira yang putus di tengah jalan adalah cara Tuhan menegurnya untuk mendapat sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

“Semua ini bukan sekadar meraih publisiti daripada kisah putus tunang. Mungkin ini cara Tuhan menegur saya. Ada hikmah yang lebih baik buat saya selepas ini. Insya-Allah,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu sebaik sahaja memuat naik lagu terbarunya, Di Matamu Disember lalu, lagu berkenaan menjadi trending biarpun masih belum dilancarkan. Ramai beranggapan bait lagu tersebut menceritakan kisah perpisahannya dengan Elfira.

 

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *