Sufian Suhaimi ambil berat tentang Haqiem Rusli sebagai seorang sahabat

Written by on 21/06/2018

 

Haqiem Rusli masih perlu ada sahabat yang boleh mendorong dan memberi nasihat serta sokongan terhadap kemurungan yang melanda Haqiem akhir-akhir ini. Sufian Suhaimi yang juga rakan Haqiem Rusli yakin jika penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak akan berhenti menyanyi.

Sufian, 26, berasakan Haqiem tidak mengalami masalah kemurungan keterlaluan seperti diperkatakan banyak pihak sekarang.

“Saya tidak tahu nak cakap kemurungan diperkatakan Haqiem di laman Instagram miliknya sesuai dengan situasi dilalui sekarang. Bagi saya, dia jenis teliti hinggakan masalah kecil dihadapi dia akan terlalu berfikir mengenainya.

Perlu bagi sokongan dan dorangan kepada Haqiem – Sufian Suhaimi

“Kalau betul dia mengalami masalah ini, bagi saya ia masih terkawal. Lagi pun, dia tidak duduk seorang diri sebaliknya tinggal bersama keluarga. Dalam masa sama, dia masih mendapat sokongan moral tinggi daripada orang sekeliling dan peminat.

“Jika ingin dibandingkan dengan remaja lain, kehidupan Haqiem jauh lebih bertuah. Sebagai rakan, saya menghormati setiap apa dilakukan. Cuma, saya berasakan dia tidak akan berhenti menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Sufian popular menerusi lagu Di Matamu berkata, Haqiem juga sering berkongsi masalah dihadapi membabitkan hal peribadi, kerjaya dan perhubungan dengan rakan.

“Setiap kali dia berkongsi masalah, saya juga bercerita pengalaman yang pernah dilalui dan cara macam mana mengatasi terutama ketika putus tunang.

“Malah, Haqiem lebih banyak tahu masalah sebenar yang berlaku. Dari situ, dia boleh belajar dan dijadikan motivasi untuk keluar dari masalah.

“Mungkin juga masalah dihadapi sekarang adalah perkara baru untuknya. Kalau nak bercakap soal tertekan dalam industri, dia sepatutnya sudah arif kerana lebih dahulu terbabit bidang ini,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Haqiem tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan dan mesej.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background