VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Sufian Dapat Beberapa Tawaran Sambung PhD

Written by on 01/04/2018

Foto Ehsan Instagram Sufian Suhaimi

BAHANG kontroversi yang melanda Sufian Suhaimi berhubung isu putus tunang dengan aktres Elfira Loy baru-baru ini masih hangat diperkatakan, namun disebalik itu, penyanyi lagu Di Matamu itu mendapat beberapa tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat tertinggi iaitu doktor falsafah (PhD).

Sufian, 26, memberitahu beberapa universiti awam dan swasta menawarkannya untuk melanjutkan pengajian sejurus dia menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Februari lalu.

“Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.

“Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan.

“Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Sufian, buat masa ini dia terpaksa melupakan terlebih dahulu hasrat untuk menyambung pengajiannya kerana ingin memberi fokus kepada karier seni terlebih dahulu.

Kata Sufian, jadualnya kini padat dengan pelbagai aktiviti seni dan bimbang sekiranya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik.

“PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan.

“Berat juga hati melepaskan peluang diberikan tetapi saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu.

“Tambahan pula sekarang banyak perancangan yang telah disusun dan jadual sangat padat buat masa sekarang,” katanya.

Kata Sufian lagi, suatu hari nanti dia akan tetap menyambung pengajiannya apabila tiba masa sesuai.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *