VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Sufian anggap Janna ada cara nyanyian tersendiri.

Written by on 23/03/2018

Baru-baru ini,  ada netizen mengecam suara Janna Nick sumbang dan hanya merosakkan lagu Di Matamu .Sufian Suhaimi menganggap aktres Janna Nick mempunyai cara tersendiri ketika menyanyikan semula lagu berjudul Di Matamu milik Sufian.

Sufian berkata, dia memuji usaha pelakon drama Dia itu dalam memberi versi tersendiri terhadap lagu yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini.

“Tak baik cakap begitu (menyanyi sumbang), masing-masing ada rendition sendiri untuk cover lagu Di Matamu, Janna Nick pun ada versi tersendiri.

“Saya suka dengar bila ramai orang cover (nyanyi semula) dan cuba improvise mengikut cara mereka,” ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Sufian diminta pendapatnya tentang lagu baharu miliknya berjudul Di Matamu yang dinyanyikan oleh Janna Nick dikritik netizen.

Sumber : MSTar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *