Suami Mawar idaman semua wanita.

Written by on 06/02/2018

SELEBRITI Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob saling meluahkan rasa cinta menerusi laman sosial dan mendapat perhatian pengikut mereka.

Terbaru Mawar memuat naik status di laman Twitternya dengan menyifatkan Raf sebagai suami idaman semua wanita.

Malah, adik kepada chef dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu juga seorang ayah yang akan disayangi kanak-kanak dan itu semua yang dia miliki.

“Raden sayang. Awak adalah suami idaman semua wanita. Awak adalah ayah semua kanak-kanak akan sayang.

“Awak adalah kawan yang tidak ada pada orang lain. Awak adalah segalanya yang saya ada,” tulis Mawar.

Selain itu, Mawar juga mengucapkan terima kasih dan menyatakan dia terlalu rindu pada suami dan dua orang anak tirinya, Rayyan dan Chanela.

“Terima kasih untuk semua sayang. Saya sangat rindu awak, Rayyan dan Chanela,” katanya.

Manakala di laman Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pula memuat naik foto dan video pertama kali mereka keluar bersama pada tahun lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis Raf bersyukur selepas setahun berlalu dan kini pelakon Tundukkan Playboy itu sudah menjadi isterinya.

Kata Raf, dia berasa seperti di syurga apabila Mawar sentiasa disampingnya dan berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan bahagia buat keluarganya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background