“Status saya sudah berpunya tapi belum berkahwin”- Tajul

Written by on 24/07/2018

TAJUL ARIFF masih memberi berstatus sudah berpunya tapi belum berkahwin. Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, berkata dia sudah mempunyai kekasih namun belum memikirkan untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

“Komen saya masih sama sebab sebelum ini pun saya dah jelaskan semuanya. Status saya sudah berpunya tapi belum berkahwin.

“Buat masa sekarang, belum fikir ke tahap situ lagi. Masih mencari waktu yang sesuai. Saya nak selesaikan kerja dahulu,” kata Tajul kepada mStar Online.

Tajul ditemui ketika sidang media Big Stage di Chamber 3 KL, di sini pada Selasa.

Kata penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini, kekasihnya sudah bersedia untuk berkahwin namun wanita itu memahami kehendaknya yang ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

Tajul mula rapat dan menjalinkan percintaan selepas tamat persekolahan. _ Foto ehsan MStar Online

“Memang dia sudah bersedia tapi saya yang nak tunggu dulu. Alhamdulillah, dia seorang yang memahami dan dia bukan ‘queen control‘,” ujarnya.

Menurut Tajul, dia mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah rendah lagi namun mula menjalinkan hubungan cinta selepas tamat persekolahan.

“Sebenarnya saya kenal dia ketika kami sekolah rendah lagi. Tapi dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya pula di Negeri Sembilan.

“Kebetulan saya selalu ke rumah bapa saudara dan rumah mereka berdekatan. Tapi saya mula rapat dan bercinta dengan dia selepas tamat persekolahan,” katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video menyaksikan dia membeli pakaian hari raya dengan mendakwa wanita di sebelah ialah isterinya dan kenyataan itu mengundang persoalan ramai mengenai status sebenar Tajul.

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background