VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Siti Sarah nafi masuk hospital kerana diet berlebihan

Written by on 07/12/2017

 

Siti Sarah dilaporkan ditahan di hospital beberapa hari kerana mengalami tekanan darah rendah baru-baru ini. Timbul pula cerita mengatakan ianya disebabkan oleh amalan diet yang berlebihan dan tidak dinafikan Sarah kini memang kelihatan begitu kurus dan cantik.

Bagaimanapun Sarah menafikan dakwaan terbabit dan menjelaskan kesihatannya terjejas kerana bebanan kerja yang banyak sehingga kepenatan. Menurut Sarah, kesakitan yang dilaminya itu bak malaikat mahu mencabut nyawa hingga membuatkan beliau memohon maaf kepada suami.

 

Siti Sarah baru-baru ini meminta maaf kepada peminat serta rakan-rakan beliau kerana tidak membalas mesej kerana kurang sihat dan SIti juga berterima kasih kepada suami beliau kerana menjaga Siti sepanjang Siti berada di hospital-Tangkapan screen Instagram @sitisarahraissuddin

 

Saya juga manusia biasa. Ada kalanya saya leka dan terlupa untuk menjaga pemakanan. Bukan kerana diet terlampau seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Saya terasa seperti hendak mati ketika itu”

Jadi saya ambil pendekatan memohon maaf daripada Shuib kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu. Diet bukan bermaksud menahan lapar, sebaliknya menukar rutin pemakanan kepada pilihan lebih sihat,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber: rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *