VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Siti Sarah bakal ke Tanah Suci bersama Suami untuk kali pertama

Written by on 14/05/2018

Tenang mata memandang Siti Sraah bertudung, persediaan untuk ke Tanah Suci bersama Suami

Siti Sarah, 34, yang bakal ke Tanah Suci Isnin depan berkata, dia tidak mahu ambil pusing mengenai persepsi netizen yang dilemparkan selepas ini. Siti Sarah menyifatkan keputusan untuk bertudung atau tidak selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah nanti antara dirinya dengan Allah SWT.

“Baik atau buruk semuanya daripada Allah. Apa saja saya lakukan itu antara saya dengan Allah.

“Dalam soal ini, saya tidak mahu fikir apa pandangan orang. Saya serahkan kepada Allah. Apa pun, doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Sarah yang ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran bersempena keberangkatan ke Makkah bersama suami, semalam, meluahkan rasa syukur apabila dijemput menjadi tetamu Allah buat kali kedua.

“Alhamdulillah, ini kali kedua saya ke sana. Kali pertama pada 2005. Saya berasakan kali ini cukup istimewa sebab saya pergi bersama suami. Saya anggap ini adalah rezeki.

“Perancangan ini dibuat sejak hujung tahun lalu, namun tertunda disebabkan komitmen kerja. Kali ini, Allah permudahkan perancangan kami.

“Saya juga teruja kerana pertama kali dapat menyambut Ramadan di sana. Sebelun ini saya mendengar cerita dan pengalaman rakan saja, insya-Allah kali ini saya dan suami dapat merasai sama,” katanya yang turut berangkat ibu mentuanya.

Dalam masa sama, Siti Sarah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

“Walaupun saya kali kedua, tapi yang pertama untuk suami. Dalam masa, jarak waktu juga jauh berbeza dan sudah banyak perubahan berlaku.

“Lagi pula, ketika kali pertama ke sana saya masih muda jika dibandingkan usia sekarang. Jadi, saya perlu persiapkan diri dan rohani,” katanya.

Sumber : Hmetro online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *