Siti Nurhaliza terbuka untuk berduet dengan mana-mana artis jika kena dengan masanya.

Written by on 04/06/2018

Foto Ehsan Instagram @rozisangdewi

AKHIR-AKHIR ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat sibuk dengan perniagaan miliknya, maklumlah raya tidak lama lagi. Dan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan dia tidak dapat memenuhi permintaan duet dengan penyanyi lain bukan disebabkan tidak sudi untuk menyanyi bersama, sebaliknya masa yang tidak sesuai.

Siti berkata, beberapa faktor lain yang mungkin tidak bertepatan dengan rancangan yang sudah diatur bersama pengurusannya.

“Ya memang ada yang minta untuk berduet, bukan saya tidak sudi tapi kami sudah ada perancangan tersendiri.

“Lagu Cinta Syurga ini memang saya beri kata putus untuk berduet dengan Khai Bahar,” ujarnya.

Siti ditemui pada majlis pelancaran single bersama Khai Bahar berjudul Cinta Syurga yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Sabtu lalu.

Suara penyanyi lagu Bayang itu dirasakan paling bertepatan untuk menyanyikan lagu zikir tersebut.

Bagaimanapun, Siti berkata, dia masih terbuka untuk berduet dengan mana-mana penyanyi jika kena pada masa dan karyanya.

“Bukan tolak kerana tak sudi tapi Insya-Allah kalau kena masanya dan perancangan yang sesuai atau lain daripada lain saya terima.

“Saya tidak kisah sama ada penyanyi itu yang tawarkan atau saya yang pilih,” ujarnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background