Sissy Imann mengaku kurang berminat menjadi guru di sekolah

Written by on 23/08/2018

PENYANYI Sissy Imann mengaku kurang berminat menjadi guru di sekolah, biarpun berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama pada majlis konvokesyen berlangsung Ahad lalu.

Sissy berkata, dia bagaimanapun tiada masalah untuk mengajar secara sambilan kerana dirinya turut terikat dengan komitmen sebagai penyanyi.

“Saya bersyukur apabila segala usaha dan penat lelah sepanjang lima tahun belajar akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang.

“Buat masa ini, saya belum terfikir untuk meneruskan kerjaya sebagai guru di sekolah kerana saya kurang sikit berminat selain terikat dengan komitmen sepenuh masa nanti.

Bagaimanapun saya tiada masalah mengajar secara sambilan di pusat latihan vokal,” katanya.

Sepanjang lima tahun melanjutkan pelajaran, Sissy mencatat keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85.

Lebih manis, Sissy dinobatkan sebagai graduan terbaik bagi kursus yang diikutinya.

“Kejayaan itu adalah hasil berkat doa semua pihak yang ingin melihat saya berjaya dalam kedua-dua bidang yang saya ceburi.

“Ia sekali gus menyuntik semangat saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan.

“Lagipun saya sudah mula mengajar sejak berusia 16 tahun lagi. Jadi mana mungkin saya akan tinggalkan kerjaya sebagai pendidik ini. Tambahan pula, kerjaya sebagai guru vokal ini adalah jiwa saya sejak kecil,” katanya.

 

 

Sumber : HMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background