Shima dapat tajaan mengerjakan Umrah

Written by on 11/01/2018

SHIMA atau Ku Nazhatulshima Kamarazzaman, 49, meluahkan kegembiraannya di Facebook (FB) dan menerima respon positif daripada peminatnya. Shima mengakui begitu terkejut apabila didatangi perkhabaran gembira mendapat tajaan untuk mengerjakan umrah daripada sebuah jabatan kerajaan.

“Saya menerima panggilan daripada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 6 Januari lalu yang membawakan khabar baik ini.

“Mulanya saya sangkakan ini ‘prank’ dan susah nak percaya tetapi ia rupa-rupanya betul dan mereka sudah berjumpa saya untuk ambil dokumen yang diperlukan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Penyanyi lagu Teringin ini mengakui selain dirinya, penyanyi Sahara Yaacob antara artis yang terpilih dalam rombongan yang dijadualkan bertolak pada 26 Januari ini.

“Saya tidak tahu apa kriteria yang melayakkan mereka memilih saya tetapi saya memang sudah lama memasang impian untuk ke tanah suci Makkah.

“Memandangkan saya sudah lama berehat kerana tiada show, tawaran ini amat menjentik emosi saya. Ini rezeki saya dan yang paling utama, saya dapat jadi tetamu Allah,” katanya.

 

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hMetro online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background