VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Sharifah Sakinah menerima aduan, berkenaan tindakan Fazura buat gimik

Written by on 23/08/2018

Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dia menerima banyak emel aduan berhubung bentuk publisiti yang digunakan Fazura dan pasukannya pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur lalu.

Sakinah berkata, kebanyakan mereka meminta dia menegur tindakan Fazura yang menggunakan remaja bersaiz besar sebagai gimik dalam persembahan fesyen tersebut.

“Sejak Minggu Fesyen Kuala Lumpur saya menerima surat-surat mengenai publisiti yang digunakan oleh Fazura dan pasukannya.

“Mereka mengadu bahawa Fazura telah menggunakan remaja berlebihan berat badan untuk menunjukkan gimik dan semangat wanita berbadan besar, manakala dia tanpa malu mempromosikan produk pelangsingan di IG untuk menjadi kurus,” ujarnya di Instagram pada malam Isnin.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu turut memuat naik emel yang diterima daripada segelintir individu yang mahu dia menegur dan memberi pendapatnya tentang tindakan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu yang dikatakan hipokrit.

Dalam pada itu, Sakinah berkata, dia melihat niat sebenar Fazura adalah untuk memberi semangat dan keyakinan kepada wanita muda tanpa mengira saiz dan bentuk badan mereka.

Bagaimanapun dia juga faham tentang kebimbangan pengadu bahawa kuasa selebriti sangat mempengaruhi minda peminatnya dan mereka mahu Fazura menyedari hal itu.

“Apa pun saya rasa terserah kepada individu itu sendiri bagaimana dia mahu saiz badan mereka. Kalau nak lebar atau kurus, yang penting pilih produk yang betul dan exercise, itu pilihan anda sendiri,” ujarnya.

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MSTar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *