Shah Rukh Khan mahu anak warisi bakat

Written by on 20/02/2018

Foto Ehsan Instagram Shah Rukh Khan

PELAKON dan Selebriti tersohor Shah Rukh Khan (SRK) berharap legasi kerjaya seninya diteruskan tiga cahaya mata iaitu Aryan, 27, Suhana, 18 dan AbRam, 5.

SRK berkata, dia kini mendorong Aryan berjinak-jinak dalam bidang lakonan namun tidak memaksa anak bujangnya itu untuk serius mengikut jejak langkahnya.

“Aryan boleh buat apa saja yang dia mahu. Saya tidak pernah paksa dia menjadi seperti saya. Dia beruntung, kalau sewaktu mula-mula berlakon, saya hanya pelakon tambahan tapi dia bila-bila masa boleh menjadi hero.

“Keputusan terpulang kepadanya. Buat masa sekarang, dia selesa hidup sebagai anak sulung saya tanpa publisiti berlebihan. Saya juga tumpang gembira,” katanya.

SRK turut memaklumkan anak bongsunya, AbRam banyak memberi inspirasi kepadanya untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup.

“Sejak dia hadir dalam hidup kami, saya lebih mengerti bahawa setiap orang ada pegangan hidup. Kita sukar memahami orang lain sepenuhnya kerana kita tidak berada di tempat mereka,” katanya.

 

Sumber  : Hmetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background