“Semangat” Amy Winehouse datang jengguk bapanya

Written by on 03/01/2018

Foto ehsan wallpaper.wiki

AMY Winehouse, seorang penyanyi yang popular dengan lagu bertajuk “Rehab” suatu ketika dulu dan telah meninggal dunia pada 23 Julai 2011 lalu. Pendedahan bapa kepada mendiang penyanyi Amy Winehouse bahawa ‘hantu’ anaknya melawat dia setiap hari. Mitch memberitahu The Sun, sejak Amy meninggal dunia dia sentiasa berharap anak kesayangannya itu datang dan ia menjadi kenyataan walaupun dalam bentuk lain.

“Selepas tiga tahun dia meninggal dunia saya berfikir mungkin suatu hari nanti Amy akan kembali dalam bentuk lain dan ternyata dia datang menjenguk saya.

“Tetapi bukan secara fizikal tetapi spiritual,” katanya.

Kata Mitch, ‘semangat’ Amy akan datang dan duduk di tepi katilnya dan hanya merenungnya tanpa berkata apa-apa.

“Setiap kali saya merasakan kehadirannya, saya akan bertanya kepadanya, ‘adakah kamu okey?’

“Saya takut juga tetapi pada masa yang sama saya rasa selesa apabila mengetahui Amy berada di sekeliling saya,” ujarnya.

Sumber : mStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background