Selebriti K-Pop, Super Junior dedah ciri-ciri wanita idaman mereka

Written by on 27/02/2018

Foto Ehsan Instagram Superjunior Official

SELEBRITI K-Pop Kumpulan Super Junior mendedahkan mengenai ciri-ciri wanita idaman mereka menerusi sebuah program televisyen pada Jumaat.

Menerusi siaran ‘Super TV’ XTvN, empat anggota kumpulan iaitu Eunhyuk, Donghae, Lee Teuk dan Heechul berkongsi mengenai hal berkenaan.

“Saya menyukai Yano Shiho kerana dia nampak sangat baik untuk dijadikan isteri dan ibu,” kata Eunhyuk.

“Saya telah berusia 36 tahun dan rasanya dah boleh fikir secara serius mengenai perkahwinan. Saya suka wanita seperti Lee Bo Young,” jawab Leeteuk pula.

“Saya pula suka wanita yang mempunyai mata yang cantik dan menggoda seperti Mina Gugudan,” komen Heechul.

Manakala, Donghae pula berkata dia mengimpikan wanita seperti aktres Hollywood, Rachel McAdams.

Selain mereka berempat, kumpulan ini turut dianggotai oleh Hangeng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun.

Sumber : Mstar Online

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background