Sekali pergi melancong, Dato Vida paling kurang pun akan belanja RM700 ribu

Written by on 16/03/2018

Foto Ehsan Instagram Dato Seri VIDA

QT Places Error: the selected post type doesn't exists or is not active in the plugin settings.

DATUK Seri Dr. Hasmiza Othman terkenal dengan produk kecantikan dan kemewahannya, atau lebih dikenali sebagai Dato ‘Seri Vida (DSV). Lagu “I Am Me” nyanyiannya menjadi bualan ramai dan di dengar di 177 buah negara.

Baru-baru ini, dalam satu temubual bersama Rozita Che Wan, Dato Vida sempat kongsikan pengalamannya bercuti ke luar negara.

Menurut Vida, setiap kali bercuti ke luar negara, beliau akan membawa kesemua ahli keluarganya bersama dan akan membelanjakan hampir RM700 ribu.

“Kalau saya pergi bercuti saya akan bawa segala tentera, sekali pergi melancong paling kurang pun RM700 ribu. Setahun 2 kali. Tapi bawa satu bas dan ramai.”

Foto Ehsan Instagram Dato Seri VIDA

Tambah Vida lagi, beliau tidak pernah melupakan keluarga yang sentiasa bersamanya dari masa susah sehinggalah beliau sudah berjaya dan inilah cara beliau untuk menghargai mereka walaupun perlu habis beribu ringgit.

 

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background