Saiful Apek luah rasa kecewa tidak dipedulikan dalam industri.

Written by on 16/07/2018

Saiful Apek, pelawak yang tidak asing lagi di Malaysia, pada minggu lalu meluahkan rasa kecewa apabila tidak dipedulikan oleh industri dan rakan-rakan artis.

Saiful atau nama sebenar Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 48, ini menulis luahan itu selepas komen dan ucapan ulang tahun ke 93 kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 10 Julai lalu mendapat reaksi balas iaitu tanda suka negarawan itu.

“Penghargaan dan bangga! Walaupun semakin ramai industri dan rakan-rakan artis yang sudah tak peduli tapi Tun M masih perasan saya. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Bagaimanapun, status tersebut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang menganggap dia masih lagi menjadi idola dan rujukan dalam industri hiburan tanah air.

Antaranya penyanyi Ameng, Bell Ngasri, Pekin dan Shiha Zikir yang berkata, Saiful berada di tahap tersendiri khususnya dalam perkembangan bidang komedi negara.

Mereka turut memberi kata-kata semangat agar pelawak itu tidak berkecil hati dan terus memberi karya terbaik.

Sementara itu, Saiful mengucapkan terima kasih rakan-rakan artis yang memberi sokongan kepadanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background