Sabah FA layak ke Suku Akhir!

Written by on 04/09/2018

PULAU PINANG : Pasukan Sabah FA layak ke suku akhir Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan pasukan PKNP FC dengan dua gol kosong. Kemenangan itu menyaksikan skuad Badak mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan D dengan mengumpul 13 mata daripada 4 kemenangan dan satu seri. Sabah menunjukkan semangat untuk meneruskan kemaraan sebaik wisel pertama dibunyikan dengan mengasak benteng pertahanan PKNP FC melalui gandingan penyerang Hector Ramos, Rodoljub Paunovic dibantu Hamran Peter dan Maxius Musa. Selepas membuat “Came Back” perlawanan sebelum ini menentang pasukan Selangor FA yang mana juga musuh tradisi sejak 1992, Sabah terus kekal di tangga teratas dalam kumpulan D Unifi Piala Malaysia 2018.

Dengan baki satu lagi perlawanan, kedudukan Sabah di tangga teratas tidak akan tergugat oleh keputusan permainan pasukan lain dalam kumpulan D.

Pahang kekal tangga kedua Kumpulan  D dengan jumlah 8 mata untuk mengiringi Sabah ke suku akhir.

Perlawanan kumpulan terakhir bagi Sabah adalah menentang Pahang di Stadium Likas pada 16 September nanti.

 

Credit Photo: PKNP FC#sabahfamediaofficial


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background