Sabah berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan

Written by on 30/09/2018

Sabah berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi sengit di Stadium Likas, sebentar tadi.

Dengan kemenangan 1-0 keputusan agregate perlawanan adalah 2-2, namun Sabah melangkah ke separuh akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

Minggu lalu Sabah kalah 1-2 kepada Kelantan di Kota Bharu.

Kali terakhir Sabah bermain di separuh akhir dan seterusnya layak ke akhir Piala Malaysia adalah 15 tahun lalu pada tahun 2003.

Tahun 2007 merupakan kali terakhir Sabah sampai ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Perlawanan suku akhir pusingan kedua tadi menyaksikan Sabah mendahului Kelantan 1-0 menerusi jaringan penalti oleh Rodoliub Paunovic pada minit ke-31.

Paunovic menyudahkan tendangan penalti selepas bola terkena tangan pemain Kelantan pada minit ke-31. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sabah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Kelantan, Ahmad Haziq Ahmad Puad ketika perebutan bola di hadapan gawang.

Paunovic tenang menyempurnakan penalti untuk menggembirakan lebih 22,000 penyokong skuad Badak yang memenuhi segenap ruang stadium itu sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Selepas gol itu, Sabah terus menguasai permainan dan memiliki beberapa peluang keemasan untuk menambah gol namun belum berhasil.

Aksi babak kedua semakin sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : Sabah News Today


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background