Sabah akan terkena tempias Taufan Mangkhut

Written by on 11/09/2018

KOTA KINABALU: Sabah akan terkena tempias Taufan Mangkhut apabila ia menghampiri kepulauan Luzon, Filipina sekitar 14 September dengan haluan ke arah China.

Pengarah Meteorologi Sabah, Azemi Daud berkata pencerapan pada 8 pagi, 11 September menunjukkan taufan yang sangat kuat itu dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan 25 kmsj.

“Jangkaan ada sedikit kesan sampingan terutama dari segi penguatan angin baratan serta ombak meningkat di Laut China Selatan khasnya perairan Sabah,” katanya.

Azemi berkata pemantauan berterusan dan amaran awal akan dikeluarkan sekiranya perlu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sumber : SabahNewsToday


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background